Video: Harga lumayan di Thailand punca seludup ketum

Daun ketum yang dibawa masuk ke negeri ini, akan disorok dalam semak serta lokasi terpencil sebelum diseludup ke negara jiran.

Modus operandi itu dilakukan penyeludup bagi mengelakkan kegiatan itu dikesan pihak berkuasa sebelum menggunakan pangkalan haram bagi menyeludup bahan terlarang yang mendapat permintaan tinggi di Thailand itu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Azhari Nusi, berkata dalam rampasan terbaharu malam Selasa, anggotanya merampas 111 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM3,330 dalam semak Kampung Jedok, Tanah Merah.

Beliau berkata, daun ketum itu ditemui di sebuah bangsal dalam kebun getah di dua lokasi berasingan, namun jaraknya tidak jauh antara satu sama lain.

Azhari berkata, risikan mendapati semua daun ketum itu dibawa dari Kedah untuk diseludup ke Thailand menerusi pangkalan haram yang ada sekitar Tanah Merah.
————————————-
#HMETRO #METROTV

Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top